Hari ini dalam sejarah, permohonan mengikuti kursus anjuran unit sendiri berjaya diterima walaupon ada bantahan2 kecil pada peringkat permulaan. Akhirnya dengan skil pujuk rayu tahap 20 petala langit akhirnya lolos juga utk mengikuti KURSUS ASAS BLOG yg dikendalikan oleh puan cda ganache (ntah betoi xtau ejaan tu) dan Cik Sharimah (master Blogger). Walaupon dah pernah buat blog pree sesimple-simplenyer tp dengan mengikuti kursus ni akhirnya dapat belajaq cara yg betoi dengan tip2 penting untuk menulis blog. Kursus ni buka saja ajaq cara nak memblog tapi juga tips nak dapatkan followers (secara paksa dan rela ;p) dan tips2 agar blog kita lebih dikenali seantero donia serta cakerawala.. 






CME bulanan yg disampaikan oleh Pegawai Teknologi Maklumat, En Usaid bertempat di bilik seminar unit teknologi maklumat






Alhamdulillah berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ni bersama keluarga tersayang.
Antara gambaq yg sempat di'snap'..








Jumpa lagi raya tahun depan

Sesekali berehat di tempat sejuk sambil merehatkan minda menenangkan mata

Kakak renyeh dapat makan nasi lemak strawberi

Puncak ladang BOH Sg. Palas

Sejukkkkkkkkkk!!!!!

Kakak dan buaian tak dapat dipisahkan

Abang Aniq control macho

Kakak... hmmmmm

Hitam Atau Putih








MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! 
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! 

Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?

Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan

Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas
Mentari melabuhkan tirainya

Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi

Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..

Wahai adik-adikku..
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang

Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan

Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.



Kakak bersemangat pasang bendera Malaysia